DOS PENGGALAK COVID-19

Aktiviti terkini | 13 Mac 2022

Tempat Aktiviti:
Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Merlimau

Ringkasan Aktiviti :
Maklumat berkaitan dos penggalak Covid-19 telah dikongsikan kepada komuniti melalui laman rasmi (https://covid-19.moh.gov.my/) untuk memberi pendedahan positif kepada komuniti mengenai jenis-jenis vaksin yang diberi, persedian sebelum dan selepas menerima vaksin dos penggalak serta maklumat berkenaan kadar keberkesanan vaksin Sinovac jika digabungkan bersama dos penggalak vaksin Sinovac, Pfizer atau AstraZeneca.


Tujuan :
• Memberitahu komuniti jenis-jenis vaksin yang diberikan seperti Sinovac, Pfizer dan AstraZeneca.
• Berkongsi tips-tips berguna tentang persedian sebelum dan selepas menerima vaksin dos penggalak.
• Menunjukkan kadar peratus keberkesanan vaksin Sinovac jika digabungkan bersama jenis vaksin dos penggalak Sinovac, Pfizer atau AstraZeneca.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Siaran langsung ini berlangsung selama 1 jam di Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Merlimau.
• Perkongsian skrin kepada portal rasmi kerajaan berkaitan kes Covid-19 ( https://covid-19.moh.gov.my/) untuk memastikan maklumat yang diberikan kepada komuniti adalah fakta yang sahih dari Kementerian Kesihatan Malaysia.
• Infografik berwarna dipancarkan semasa sesi penerangan untuk menarik perhatian penonton/komuniti.


Kelebihan Aktiviti :
• Dapat memberi pendedahan positif kepada komuniti tentang maklumat sahih berkenaan dos penggalak.
• Dapat berkongsi tips berguna yang komuniti boleh amalkan sebelum dan selepas menerima dos penggalak.
• Dapat memberitahu komuniti kadar keberkesanan vaksin dos penggalak selepas penerimaan dua dos pertama di dalam bentuk peratusan.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :