KELAS ICT: BENGKEL MICROSOFT POWERPOINT DI SMK TUN SYED ZAHIRUDDIN

Aktiviti terkini | 23 Jun 2022

Tempat Aktiviti:
Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Merlimau

Ringkasan Aktiviti :
Bengkel Microsoft PowerPoint telah dijalankan di SMK Tun Syed Zahirudin (TUSZA), Merlimau bersama 19 orang pelajar tingkatan 3 di makmal komputer sekolah dengan kerjasama antara PEDi Kluster Jasin dan Pejabat Pendidikan Daerah Jasin. Antara PEDi yang terlibat semasa bengkel ini berlangsung adalah PEDi Taman Muhibbah Merlimau, PEDi Air Panas, PEDi, Serkam Maju dan PEDi Sungai Rambai.

Tujuan :
• Mempromosikan fungsi PEDi kepada pihak sekolah dan para pelajar.
• Memberi tunjuk ajar kepada pelajar asas pengenalan Microsoft PowerPoint.
• Berkongsi tips-tips berguna dan maklumat penting berkaitan Microsoft PowerPoint kepada para pelajar.
• Mengeratkan hubungan antara PEDi dan sekolah-sekolah sekitar Daerah Jasin.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
• Bengkel ini terdiri daripada sesi taklimat teori, sesi tunjuk ajar oleh fasilitator secara one-to-one, sesi pembentangan hasil kerja, kuiz dan penyampaian hadiah.
• Ia telah dijalankan selama dua jam lebih dan secara keseluruhannya, bengkel berjalan dengan lancar dengan penglibatan aktif para pelajar serta pihak sekolah.


Kelebihan Aktiviti :
• PEDi dapat diperkenalkan kepada para pelajar dan sekolah.
• Segala ilmu berkaitan Microsoft PowerPoint dapat dikongsikan kepada para pelajar.
• Dapat mengeratkan hubungan antara PEDi dan sekolah di dalam Daerah Jasin.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :