PERKONGSIAN RAMADAN

Aktiviti terkini | 10 April 2022

Tempat Aktiviti:
Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Merlimau

Ringkasan Aktiviti :
Siaran langsung berkaitan ramadan telah diadakan selama 1 jam dengan kerjasama PEDi Serkam untuk berkongsi kepada komuniti ilmu-ilmu asas berkaitan ramadan dan puasa yang perlu kita tahu sebagai usaha untuk mendapatkan ramadan yang bermakna.

Tujuan :
● Memberitahu komuniti pengertian ramadan dan puasa dari segi bahasa dan syarak serta jenis-jenis puasa.
● Berkongsi peristiwa-peristiwa penting bulan Ramadan kepada penonton.
● Menerangkan syarat wajib, syarat sah berpuasa, amalan sunat pada bulan ramadan dan banyak lagi kepada penonton.


Butir-Butir Berkaitan Dengan Aktiviti:
● Siaran langsung ini berlangsung selama 1 jam di Platform Facebook Page Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Merlimau.
● Program ini dijalankan dengan kerjasama PEDi Serkam.


Kelebihan Aktiviti :
● Dapat menambah ilmu pengetahuan berkaitan Ramadan.
● Dapat saling mengingati antara PEDi dan komuniti tentang perkara-perkara yang boleh diamalkan semasa bulan Ramadan.
● Dapat berkongsi tazkirah-tazkirah dari dua majlis ilmu mengenai Ramadan secara atas talian kepada komuniti.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :